Tuesday, 30 August 2011

150 Juta

Lagu ni biasa je tapi aku sangat suka lirik dia. Aku tak sure pasti sangat siapa penyanyi sebenar lagu ni. Aku jumpe pon kat Youtube. Saja nak kongsi lirik  kat sini


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka?"


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu


Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
"Dia mungkin bengis seperti singa,
Tapi dia nangis tonton crita korea,
Dia mungkin keras bila bersuara,
Tapi dia jelas, jujur apa adanya,
Aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, Aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa,
tapi sayang tahan kalau salahnya saya,
Sayang mungkin saja keras kepala,
Tapi sayang manja bila kita berdua,
Saya kenal sayang saya."

Buat apa dicerita
Bahgia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua

Thursday, 25 August 2011

Perjalanan Selamat

☺Pagi² tadi malas j nak tinggalkan selimut besau kaler katak tu ♥zzzzzzzzzz =) ish². Klua dari rumah terkejut tngok tempat parking yang lengang. Wahhh ramai betul penghuni apartment ni yang dah balik kampong. Semoga mereka balik dengan selamat. Nak nasihat sikit kat sini:

√ Pastikan keadaan kereta lembu anda TIP-TOP semua

√  Jaga HAD LAJU. Dari bayar saman baik bagi duit raya kat anak² ☺

√  Jangan guna TELEPON semasa memandu

√  Jangan gatal² kaki tangan nak SMS

√  Menguap? STOP! Minum dulu~

√  Vrroommm!!! Anda guna V-Power? Jangan berLUMBA di Jalan Raya

√ Jangan la DENGKI² kat orang bulan² baik ni. Bagi j lah dia lalu. Dia nak ter-Ber tu kot

√ Ops! Cop! Sila bagi SIGNAL klu nak masuk, keluar, tukar lane ke hap eke

√ Eh, kat depan ada TOL. Sila la BERATUR. Jangan la potong² line ni. Kesian kat orang yang beratur dari 
belakang

√ Selamat membeli-belah di stesyen minyak (Jangan tipu kata tak beli apa²) ha3 ♪♫♪

Klu kita tak kisah dengan diri kita, Ingat lah kat orang yang ♥SAYANG♥ kan kita. Yang akan meratapi sekiranya terjadi apa² kat lembu kita.


*PANDULAH DENGAN SELAMAT*


Pesanan ini ikhlas dari Lembu Tekois

Ececece, mcm iklan JPJ pulak ha3

Tuesday, 23 August 2011

Dilema Balik Kampung


Dekat² raya ni teringat aku email² ucapan raya yang penah aku terima. Selak punya selak, belek punya belek aku jumpa email dari Nadzmee.

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami 
(3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang – Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband)

dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan

Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagipada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). – (Saya anak bongsu yg ke-6)
Ateh akan mendirikanrumahtangga taklama lagi.
Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.
Betul tak?
.
Ateh
 & Acik : Betul....
mestilah ghumah ibu dulu.........
.
Ibu 
: Dengar dulu....
contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
.
Ateh & Acik
: Ghumah ibulah.....
.
Ibu
: Tidak.......
ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........
baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........
ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun
.
Ateh 
: Mengangguk.......
(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kamiadik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)
.
Acik 
: Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......
kena gilir-gilirlah baru adil
(dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)
.
Ibu 
: Ingatlah......
jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...
taatlah pada suami dan mentua ........
.
Acik 
: Macam kaum h**** lak...
Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak
.
Ibu 
: Bukan macam tu......
islam tu indah.......
setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi.....
untuk menjaga suami tidak sesusah mananye...
hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......
JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA
InsyaAllah dia tak akan ke mana.....
kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga...
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...





Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu......
jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa...
Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...
Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. 
Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. 
Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu
:Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
.

Abang ipar
:Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka
.

Ibu 
: Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.

Abang ipar
: Tidak bu.......
saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

.

Ibu 
: Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.

Abang ipar
: Mereka tiada halangan. 
(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)

.

Ibu 
: Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. 
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). 
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.
.
.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. 
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam 
tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. 
.

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....
(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpatlak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. 
Saya juga salah seorangmenantu yang disenangi. 
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......
sempurna
kah sudah aku sebagai seorang menantu?
Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........
berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???????? 


Ya Allah.....
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....
Aminnnnnn

.

Moral of the story

Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. 
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. 
Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

Salam Perkenalan Aidilfitri

Akhirnya aku seorang gadis yang terjatuh terjebak juga dalam dunia blog ni. Aku bukan lah seorang yang pandai mengarang dan/atau menulis dan/atau mencipta ayat tapi nak jugak buat blog. Hidup di Kuala Lumpur ni perlu mencari sesuatu yang boleh membuang dan/atau mencuci kekusutan otak. Selama ni bila boring² aku suka baca blog² orang lain. mcm² cerita dan/atau idea dan/atau pengalaman yang dikongsi. Dalam usia pertengahan 20-an, mungkin peti ni akan jadi rakan jari jemari aku nanti.


Mencuba sesuatu yang baru dalam hidup tu adalah penting bagi mengurang menambah pengetahuan dalam diri dan hidup kita. Klu kita tak cuba kita tak tahu. Pengalaman akan mengajar kita untuk mendewasakan dan/atau mematangkan diri dan otak. Kalau kita jatuh pon kita akan berdiri balik kan.

Bermulalah perjalanan baru Lembu Tekois dari sini

Salam Aidilfitri tulus dari Lembu Tekois