Wednesday, 28 September 2011

Berus Gigi 7 hari

Haritu aku ada la jalan-jalan ngan En.Tunang. So before balik aku singgah kat sogo beli stock yang agak berkurangan. Pantang betul aku ni dapat shooping. Padahal barang harian je pon. Itu pon nak xcited lebih. Semua aku nak pulun sampai En.Tunang membunyikan alarm dari mulutnya "Kau ni Show belilah". Aduh, bising sungguh.

Dalam pada show-show beli tu, aku terjumpa lalu terambil & tanpa disengaja aku terbayar berus gigi. Bukan 1, bukan 2 tapi bukan jugak 3. Aku beli 7 batang berus gigi. Sebab apa? Sebab kat berus gigi tu ada tulis hari je kot. hehehe...


Konon kan aku ni. Macam la buleh pakai ikut hari, memang tak de maknanya. Gosok gigi pon slalu sambil mata still pejam (Mood Tido lagi weyy).

Keputusannya aku guna 1 jew pon. Yang lain tu konon-konon stock masa depan. Tak kisah la apa pon kan, En.Tunang gelak kan aku pon kejap je. janji aku dapat 7 hari punya berus gigi hehehe

Wednesday, 21 September 2011

Timbang Vs. Berat

Lately aku memang agak risau dengan berat aku. Aku dah cepat letih, malas yang ber +++ & hehehehe. Tapi dalam bimbang² tu aku tetap tak dapat nak kawal makan aku. Asik ler lapo memanjang. Lepas makan, makan lagi dan lagi.

Haritu dalam minggu kedua raya aku pegi beraya di Putrajaya. Best wey rumah diorang. Santek without pagar² mcm kat oversea tuhhh. kawasan gila tenang. Kalau ada rezeki nak beli rumah yang ala² macam tu baru siok + romantika de amor.

UUUpppssss, berbalik pada crita semalam tadi. Masa kat rumah tu ada timbang. Korang kenal tak timbang tu apa? timbang tu adalah seekor binatang ada nombo banyak² macam ni

(Pinjam a.k.a curi gambar dari mylowad.blogspot.com)

Kat umah tu penimbang tu jarum. Di panjangkan pendekkan cerita. setelah di asak aku pon menimbang la diri aku yang tak berapa nak kecil ini. Sangat la aku terkezut a.k.a happy macam tiger ni


sebab akunya berat turun sampai 6kg. Fuhhh sangat lah terkejut beruk aku. Tapi aku bukan beruk tau. Punye la makyee aku ni. Happy sampai aku gie la cerita kat si Kak Zety(Miss crazy pink) & Wan Nurul Ain(Miss Crazy Green). Happy sangat la tu konon aku ni kan.

Nak aku pendekkan lagi cerita aku, ada la aku try lagi skali dalam minggu ni kan. Try Apa?
Try timbang la wey... Tapi kali ni aku pakai plak timbang digital


dan sekali lagi aku jadi tiger ni


korang tau kenapa?
sebab berat aku balik ke berat asal.

tui! tui! tui! tuiiii!
(Bunyi ala² dalam cerita komedi tu)

Betapa sayu, sedey, pilu nya hati aku ni (Put in muzik sedey jap). Aku rasa nak nanges sambil geget ibu jari kaki pon ada. Aku tak tahu lah timbang putrajaya tu yang salah atau yang digital ni. Tapi tak mungkin la salah kan atau dalam masa 2 minggu ni aku makan banyak sehingga berjaya balik ke berat asal. (Masih tak nak terima kenyataan. Halapada memang tak kurus² pon aku ni)


Apee nak jadi???
(Versi Ali Mamak)

Tuesday, 20 September 2011

Wiping my tears

Otak aku sekarang ni sangat la laju slow nak pikir yg berat².
'Shuh!' kau Virus.
Ni kuat punya virus nak kasi rosak file² otak aku yang cergas ni. (Cergas la sangat kan)


Since raya ke-3 aku
"silent, with no words"
Happy & Calm
At my small house with my small heart



Hari ini
Ada irama yang berbunyi lagi.
Mungkin niat memujuk... dalam memaksa
Ini adalah caraku
Tak perlu aku balasi.



"Kebisuan aku adalah keresahan kamu"


"I was very happy tired and sick with the stupid problems that I face!
I don't wanna think about it even for a minute"

Wednesday, 14 September 2011

Bendera Selangor

Tadi aku tolong anak buah En.Tunang cari makna bendera-bendera di London Malaysia. Biasa lah kerja rumah, cikgu bagi. Teringat pulak aku masa kecik-kecik. Upssssss!!! lari tajuk. Berbalik pada cerita tadi, Harini aku nak kongsi dengan semua tentang bendera negeri ku tercinta yang agak menarik perhatian aku. I Hate Love  Selangor


Kuning & Merah : Daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa
                          dan tenaga kepada negeri ini.

Bulan sabit & bintang : Lambang agama Islam , agama rasmi.

Putih : Kesucian agama Islam


Sumber : Wikipedia Ensiklopedia bebas

Sunday, 11 September 2011

My mom gave me this song~

Banyak yang terjadi sejak raya ke-3. Aku tahu mak sentiasa ingin membetulkan keadaan kami walaupun mak diam tanpa suara. Namun aku lebih suka memilih jalan untuk mendiamkan diri... dan aku, lebih rela untuk tidak berada dekat disana buat seketika. agar takde lagi hati yang sakit. takde lagi kilauan yang menitik. Dalam usaha mak, dia memberikan aku sebuah lagu.

Voice Within-Christina Aguilera


Young girl, don't cry
I'll be right here when your world starts to fall
Young girl, it's all right
Your tears will dry, you'll soon be free to fly

When you're safe inside your room you tend to dream
Of a place where nothing's harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
You will learn to begin
To trust the voice within

Young girl, don't hide
You'll never change if you just run away
Young girl, just hold tight
Soon you're gonna see your brighter day

Now in a world where innocence is quickly claimed
It's so hard to stand your ground when you're so afraid
No one reaches out a hand for you to hold
When you're lost outside look inside to your soul

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
You will learn to begin
To trust the voice within

Ohh yeah, ooh, yeah ohh

Life is a journey
It can take you anywhere you choose to go
As long as you're learning
You'll find all you'll ever need to know
(Be strong)
You'll break it
(Hold on)
You'll make it
(Be strong)
Just don't go forsaking yourself
No one can stop you
You know that I'm talking to you

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
You will learn to begin
To trust the voice within

Young girl don't cry
I'll be right here when your world starts to fall

Tuesday, 6 September 2011

Berhenti Mengeluh

Seringkali kita mengeluh kononya kita serba kekurangan, Kononnya kita tidak semewah rakan-rakan, Kononya kita mendapat kerja yang susah sedangkan orang lain membuat kerja yang senang dan pelbagai keluhan demi keluhan dikeluarkan dari lubuk hati.




Masihkah kita perlu mengeluh setelah melihat perjuangan mereka?


Masihkah kita mahu mempersoalkan pelbagai kekurangan kita dengan melihat segala keterbatasan mereka?


Semoga kita sama-sama mempelajari sesuatu disini


Sumber : E-mail

Thursday, 1 September 2011

Baru raya ke-3


Baru raya ke-3
Kemana perlu di lemparkan air mata
Berdiri sendiri
Siapa yang memahami
Sepi meluahkan rasa hati

Baru raya ke-3
Tekak pedih menahan rasa
Mata ku panas tidak mahu…
Tidak mahu ber-air mata
Tetap menitik jua

Mengapa perlu hati senipis ini
Mengapa harus hati serapuh ini
Mengapa hati tak sekuat kayu
Mengapa hati tak sekeras batu

Baru raya ke-3
Aku benci
Benci akan yang terjadi
Hari ini